Terdesak Duit Dengan Segera? Ikut Cara Ini Tanpa Pinjam Ah L0ng

Sedang kebanyakkan dari mereka cukup makan, tempat tinggal dan pakaian, ramai lagi mengalami kesesakan kewangan. Ditambah pula dengan pandemik secara tiba-tiba. Mengharapkan bantuan kerajaan pula leceh dan permohonan memerlukan proses yang lama.

Kadangkala ada yang mati akal. Apa yang harus dibuat untuk mendapatkan wang dengan kadar segera.

Sekiranya anda urgent nak guna duit. Lihat tips dibawah sebagai panduan.

Boleh Ke Mohon Wang Segera Tanpa Dokumen?

Memohon wang segera tanpa dokumen boleh dianggap kurang relevan memandangkan sesiapa pun mahu sebarang dokumen seperti slip gaji, akaun bank, pengenalan diri dan sebagai data peminjam. Sedangkan meminjam Ah L0ng juga memerlukan MyKad.

Pinjam Dari Kawan – Kawan Atau Saudara Mara

Kita mulakan langkah asas terlebih dahulu.

Ini cara paling mudah dan paling awal anda boleh lakukkan. Jangan endahkan perasaan malu,dendam atau ego. Cuba raih pinjaman sebanyak yang anda boleh. Jika mereka mahukan cagaran, maka berikanlah. Memberikan wang untuk dipinjam bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka juga mahukan jaminan. Kalau dapat meminjam jangan lupa untuk membayar pula.

Mulakan dengan langkah ini. Anda mungkin tak menyangka mungkin ramai rakan atau keluarga tidak ada masalah untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tetapi, janganlah mengambil kesempatan terhadap keikhlasan mereka.

Paling penting anda bayar wang pinjaman tersebut seperti yang dijanjikan. Hutang wajib dibayar tau.

Pinjaman Pajak Gadai Ar Rahnu

Cara ini juga tidak memerlukan sebarang dokumen untuk mendapatkan wang. Ia berdasarkan cara mencagarkan barang kemas, atau emas. Pinjaman pajak gadai bukanlah perkara baru di negara kita.

Walau bagaimanapun, sistem pajak gadai digunakan adalah berlandaskan sistem konvensional. Sistem ini selalunya mengenakan caj kadar faedah tinggi dan membebankan. Orang muslim pastinya teragak agak untuk lakukkan cara ini kerana ia bersifat riba. Namun masalah ini diatasi sistem pajak gadai Islam Ar Rahnu. Sistem Ar Rahnu yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sangat berbeza dengan sistem pajak gadai konvensional. Sistem ini menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tak membebankan.

Jual Barang Yang Tidak Perlu

Perhatikan dan selongkar semua barang dirumah anda, cari apa yang boleh dijual dan meraih wang. Abaikan perasaan sayang anda terhadap perkara yang boleh dianggap membazir jika tidak digunakan. Barangkali apa yang dijual tidak banyak mana, tetapi bolehlah sekadar ruang bernafas disaat kecemasan.

Pinjaman Segera Bank

Ya. Pinjaman peribadi melalui bank kedengaran seperti leceh dan memakan masa panjang. Tak mungkin relevan untuk memakai wang dalam kadar segera.

Tetapi, apa yang mungkin anda tak sedar, sebenarnya terdapat banyak pelan pinjaman bank menawarkan keputusan pantas. Sehinggakan keputusan permohonan itu tidak lebih daripada 24 jam hari bekerja.

Sebagai contoh pinjaman RHB Easy boleh lulus dalam tempoh 24 jam, atau CIMB Cash PlusMaybank Personal Loan, dan Hong Leong Personal Financing tawarkan keputusan permohonan tak lebih daripada 48 jam hari bekerja.

Bagaimanapun, syarat mohon pinjaman diperlukan akan menjadi lebih ketat berbanding institusi kewangan yang lain. Terutama sekali jika mempunyai skor kredit rendah atau rekod kredit buruk. Peluang untuk lulus menjadi lebih tipis.

Jadi disaat anda sedang selesa, bayarlah pinjaman bank dengan berdisiplin. Kerana ia sangat bermanfaat diwaktu kecemasan seperti ini.

Pinjaman Koperasi Pantas

Seperti pinjaman daripada bank, pinjaman koperasi tawarkan jumlah pinjaman tinggi dan tempoh keputusan pantas. Pelan daripada koperasi juga terjamin seperti pelan daripada bank kerana koperasi yang menawarkan pinjaman adalah koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Namun, kebanyakan pelan pinjaman segera koperasi ini kebanyakkannya hanya ditawarkan kepada pekerja sektor awam seperti kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

Sekiranya anda pekerja sektor awam, cukup syarat dan perlukan duit segera, lihat senarai pelan pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi.

Pinjaman Wang Segera Berlesen

Selain pinjaman bank dan koperasi, institusi kewangan kredit komuniti atau lebih dikenali sebagai pinjaman berlesen adalah sumber pinjaman segera yang berguna. Institusi kewangan ini memfokuskan kepada mereka yang sukar untuk mohon pinjaman bank dan tidak layak untuk pinjaman koperasi.

Syarat untuk mohon pinjaman dari syarikat pinjaman berlesen selalunya lebih longgar berbanding bank atau koperasi. Malah, boleh dikatakan kebanyakan syarikat ini menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, rekod buruk di CCRIS, dan sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK. S

Walaubagaimanapun pinjaman segera jenis ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah caj kadar faedah atau keuntungan tahunan selalunya lebih tinggi berbanding bank dan koperasi. jika ada faedah rendah pun lebih menyasarkan kepada kakitangan awam sahaja.

Tetapi, jika anda sukar mendapatkan pinjaman dari bank atau koperasi, pinjaman wang berlesen adalah alternatif terbaik jika perlukan duit segera.

Pinjaman Duit Segera Kad Kredit

Boleh dikatakan kebanyakan bank menawarkan pelan ansuran tunai atau Cash Instalment Plan (CIP) bersama kad mereka.

Pelan ansuran tunai juga dikenali sebagai pinjaman tunai kad kredit adalah pelan yang membenarkan pemegang kad kredit buat pinjaman tunai dengan kad kredit, dan bayar semula setiap bulan secara ansuran.

Secara mudah, Cash Instalment Plan untuk pinjam wang tunai dan Easy Payment Plan untuk beli barang. Kedua-dua pelan ini memberi kemudahan bayaran ansuran bulanan.

Cara memohon pula sangat mudah iaitu hanya dengan menelefon pengeluar kad kredit untuk menggunakan pelan tersebut. Tempoh lulus juga selalunya lebih pantas.

Pastikan anda membayar bulanan dengan konsisten kerana jika gagal, anda akan dikenakan caj kadar faedah yang sangat tinggi.

Elak pinjaman along dan scammer

Kami akui ini tips ini semua barangkali tidak sesuai bagi kebanyakkan individu dan setiap orang memiliki situasi yang berbeza-beza. Tips dan panduan ini bersifat umum dan tidak spesifik akan tetapi boleh dijadikan pertolongan jika anda mati akal untuk menyelesaikan masalah anda.

Walaubagaimanapun jangan mengambil jalan singkat iaitu meminjam wang dari institusi wang tidak berdaftar, terutamanya along atau lintah darat. Mana-mana saja syarikat atau entiti mengaku sebagai peminjam yang berdaftar akan tetapi hakikatnya lebih teruk dari bank .

Janji-janji manis yang ditawarkan oleh syarikat ini mengakibatkan kita akhirnya makan diri kerana terpaksa buat bayaran bulanan dengan bunga yang melampau setiap bulan.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda

Terima kasih.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress