Korang bayangkan baru je bangun dari tidur, tiba – tiba rumah anda telah banjir. Ini yang jadi dekat seorang pemuda lelaki Singapura yang dikenali sebagai Zul.
Namun, banjir tersebut bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi kucing-kucingnya yang buka paip air semasa pemuda itu tidur pada waktu malam! Kisah ini telah dikongsikan oleh Zul melalui video yang di muat naik melalui aplikasi TikTok.
Kata beliau, ini bukanlah kali pertama rumahnya tiba-tiba banjir disebabkan kenakalan kucing itu, sebelum ini pernah juga jadi kejadian yang sama.
“Dia boleh main air…yang kena bersih aku. Nasiblah parents aku takde”, ujar Zul dalam videonya.
Lebih melucukan dalan video itu kerana kucingnya melompat – lompat di lopakan air tanpa rasa bersalah. Malah seekor kucingnya sedang duduk di paip air yang mengalir seperti dia penjaga paip tersebut.
Menurut di komen pula, rata netizen terhibur dengan gelagat Zul dan kucing-kucing nya. Ada yang beranggapan mungkin kucing tersebut mahu mandi di kolam kerana kepanasan di musim panas ini.
@zul_taylor12 won’t forget this 🤦♂️🤦♂️🤦♂️ #russianbluecat