Terkini : 97% Mahu Pengeluaran Wang KWSP RM10k. Adakah ini Akan Jadi Realiti?

Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off”. Adakah akan menjadi realiti?

Pemuda UMNO mengharapkan oihak kerajaan agar dapat menimbangkan dan memberikan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang masih mempunyai baki simpanan melebihi RM10,000 terutama golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mana ianya masih boleh diluluskan untuk semua rakyat Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan ekonomi sudah dibuka dan pandemik makin beransur pulih untuk memasuki fasa endemik.

“Penuhilah permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM10K terutamanya dalam kalangan M40 ke atas untuk mereka memulakan kehidupan baharu pasca pandemik dengan pelbagai komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan.

Pada ahad, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein mendedahkan sebanyak 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu seramai 5.9 juta pencarum memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu.

Terbaru, sebanyak 97.1 peratus rakyat mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan semula pembayaran secara ‘one-off’ i-Citra bagi meringankan beban kehidupan mereka ketika ini.

Peratusan itu diperoleh berdasarkan dapatan kajian dibuat Pergerakan Pemuda UMNO pada 11 hingga 12 Januari lalu menggunakan kaedah bancian secara maya.

Menurut Mohd. Azril Rizal Mohd. Sarit Exco Pemuda UMNO, menerusi bancian tersebut, sebanyak 21,524 rakyat atau 97 peratus berpendapat mereka amat memerlukan pengeluaran KWSP buat masa ini dan hanya 639 orang sahaja merasakan mereka tidak memerlukan pengeluaran secara one-off itu.

“Kumpulan individu tertinggi mahukan pengeluaran itu melibatkan umur antara 34 hingga 44 tahun dengan jumlah sebanyak 10,698, manakala seramai 5,455 (25 hingga 34 tahun) dan 5,150 (45 hingga 54 tahun).

Cara Semak Baki KWSP

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:

Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Mudah bukan?

Mohon Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP

“Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

“Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.

“Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat,” jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

Datuk Sri Najib Bawa Suara Majoriti Rakyat

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mengharapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat membawakan suara majoriti rakyat yang masih mengharapkan pengeluaran i-Citra KWSP dalam Ucapan Perbahasan Bajet 2022 pada Isnin.

“Dulu pada waktu Pemuda UMNO bersama Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara dan memperjuangkan agenda yang sama, alasan serupa juga diberikan Menteri Kewangan pada ketika itu dipegang oleh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan memberikan statistik hampir sama bahawa 46 peratus tidak mempunyai simpanan melebihi RM10,000 dan menjejaskan simpanan hari tua rakyat.

“Namun selepas desakan berterusan akhirnya kerajaan akur jua dan menawarkan i-Sinar dan i-Lestari. Kali ini, jawapan sama masih diberikan oleh Menteri Kewangan sama iaitu Tengku Zafrul walaupun nakhoda kerajaan sudah bertukar.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress