TERKINI | Kerajaan Tiada Hasrat Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Mangsa Banjir Kerana Bantuan Disediakan – PM

TERKINI | Kerajaan Tiada Hasrat Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Mangsa Banjir Kerana Bantuan Disediakan – PM

Menurut Perdana Menteri, pengeluaran KWSP adalah tidak perlu kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan lain kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan akibat banjir.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk membenarkan pengeluaran Wang KWSP dibawah skim i-Citra.

“Jika anda perlu memulakan perniagaan baharu, Tekun tawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM10,000 dengan moratorium setahun ke atas pembayaran pinjaman.

“Bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM10,000 untuk membeli barangan keperluan rumah, dengan moratorium pinjaman selama enam bulan,” katanya seperti dipetik portal berita Free Malaysia Today selepas menghadiri usaha pembersihan di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua pada Ahad.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress