Terkini : Untuk Pengetahuan anda, pihak Kerajaan telahpun membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 di mana kenyataan ini dipetik dariĀ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menurut beliau, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Beliau menjelaskan yang walaubagaimanapun, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP dimana ini adalah merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan untuk hari tua rakyat.
Namun begitu, beliau menjelaskan lagi bahawa kerajaan amat sedia maklum yang pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan yang amat mendesak dan amat diperlukan oleh rakyat yang memerlukannya hari ini dan simpanan masa hadapan.
Ismail Sabri pada masa yang sama berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.
“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau dalam sidang media khas sebentar tadi.
Sila tonton video di bawah untuk berita mengenai pengeluaran one off KWSP RM10K ini.