TERKINI | Tarikh Bayaran Fasa 1 28 Mac 2022 | Semak Status BKM Anda

Sejumlah 8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 dengan melihat kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Kerajaan sedaya upaya menapis agar tidak mengagihkan Bantuan Keluarga Malaysia ini tanpa tercicir mana-mana golongan yang memerlukan. Jadi, penelitian LHDN adalah telus dan efektif.

Terdapat 12 juta permohonan BKM yang LHDN harus tapis.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Kenyataan Perdana Menteri yang diucap pada petang Ahad. Sila baca kenyataan rasmi dibawah:

Baca cara menyemak status permohonan BKM dan maklumat pembayaran BKM untuk setiap kategori.

Log Masuk MyBKM

Menu Log Masuk MyBKM menjadi sebuah kemudahan atas talian yang diwujudkan untuk tujuan kemaskini dan membuat semakan BKM 2022 untuk pemohon yang ada rekod memohon BKM 2022.

Cara untuk Log Masuk MyBKM ialah dengan memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan pengguna. Sebarang makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, anda dinasihatkan untuk rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Jika anda terlupa password dan gagal menjawab semua soalan keselamatan ketahuilah anda diberi percubaan sebanyak 3 kali . Sila cuba semula selepas 24 jam.

Pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747 jika masih memiliki masalah.

Cara Membuat Semakan Status BKM Fasa 1

Sila rujuk langkah di bawah:

    1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
    2. Klik [Log Masuk BKM].
    3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
    4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
    5. Klik [Semak].
    6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
    7. Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
    8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
    9. Klik [Log Masuk].
    10. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
    11. Klik Menu [Semakan Status].
    12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
    13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
    14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
    15. Selesai.

semakan status bkm

Pastikan anda menerima kenyataan seperti dibawah.

semakan status bkm fasa 1

*Sila hubungi LHDN dengan segera jika mendapat status seperti demikian.

bkm fasa 1

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan 28 Mac 2022.

Sila rujuk jadual berikut:

Jadual Pembayaran BKM 2022

Fasa 1 : 28 Mac 2022 (dikemaskini)

    • Isi rumah
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang

Fasa 2: Jun 2022

    • Isi rumah
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3 : September 2022

    • Isi rumah
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang

Fasa 4 : Disember 2022

    • Isi rumah
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

Pembayaran dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan pada masa tertentu.

bkm fasa 1

Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti :

    • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
    • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
bkm fasa 1
*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Dokumen Yang Wajib Dikemukakan

Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

  • Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

  • Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses
    oleh LHDNM.

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

  • Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan
    kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

  • Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.

Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

  • BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.

Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

  • Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

  • Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

  • Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

  • RM350

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

  • RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
  • RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emasbayaran bkm tambahanTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin?

Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 – RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.

bayaran bkm tambahan

Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

ATAU rujuk soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress