Terlupa Password BKC? Ikuti Langkah Ini Untuk Set Semula!

Terlupa Password BKC? Ikuti Langkah Ini Untuk Set Semula!

Anda terlupa password BKC anda? Jika anda terlupa kata laluan (password) Bantuan Khas Cov19, anda tidak perlu risau kerana mudah sahaja untuk reset semula kata laluan anda.

OnViral akan kongsikan kepada langkah-langkah untuk set semula password BKC anda.

Baca Juga: BKC Fasa 2 : Semakan Status Dan Bayaran November

Cara Tukar Password BKC

Jika anda terlupa password BKC, sila buka laman rasmi MyBKC di https://bkc.hasil.gov.my/

Kemudian tekan pada pautan Terlupa Kata Laluan.

Ada 2 perkara yang anda boleh lakukan :

i) Jika anda mempunyai email yang berdaftar dalam Permohonan BPR 2021/ Percukaian LHDN :

    • Masukkan MyKad anda,
    • Letak email anda yang sudah berdaftar,
    • Kata laluan baru akan diberikan melalui email anda,
    • Log masuk semula & masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan.
    • Set semula kata laluan anda yang baru.

ii) Jika anda tidak mempunyai email yang berdaftar :

    • Set password melalui email yang tidak boleh dibuat,
    • Sila jawab soalan keselamatan yang anda telah buat semasa pendaftaran BPR.

Terlupa Jawapan Untuk Soalan Keselamatan

Jika anda terlupa semua jawapan untuk soalan keselamatan anda, anda perlu hubungi talian Hotlina Bantuan Khas Kerajaan (BKK) di :

1-800-88-2747

atau pergi ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk set semula akaun BKC anda.

Selepas itu, daftar semula BKC & jawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

BKC Login Masuk Tidak Berjaya

Sekiranya anda sudah login dalam BKC namun tidak berjaya, berkemungkinan anda tersalah password/ kata laluan atau tersalah masuk nombor pengenalan anda.

Sila semak juga sama ada anda taip menggunakan CAPS LOCK ataupun tidak.

Contoh Kata Laluan BKC

Anda digalakkan letak kata laluan yang selamat dan mudah diingat.

Jangan letak password yang terlalu mudah orang lain teka seperti ABC1234 atau password1234.

Pastikan password anda mempunyai sekurang-kurangnya 1 huruf besar dan 1 simbol.

Info Lanjut

Dapatkan maklumat terkini dan pertanyaan melalui talian hotline rasmi BKC/ LHDN di :

1-800-88-2747

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress