Terlupa Password BKM 2022? Ini Cara Reset balik Password Anda

Lupa Kata Laluan BKM 2022 – Set Semula Sekarang!

Pernahkah anda tiba-tiba terlupa kata laluan BKM? Apatah lagi semasa anda perlu membuat semakan tentang status BKM anda? Jangan panik, anda boleh reset semula kata laluan anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.

Cara Reset Kata Laluan BKM

Sila rujuk langkah di bawah untuk reset semula ID pemohon dan kata laluan BKM anda :

    1. Sila tekan “Log Masuk BKM”.
    2. Sila tekan “Terlupa kata laluan”.
    3. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda & tekan “Semak”.
    4. Kemudian, sila masukkan e-mel anda yang telah didaftarkan & tekan butang “Seterusnya”.
    5. Sila sahkan yang kata kunci keselamatan anda adalah betul & kemudian sila tekan “Ya”.
    6. Sila jawab soalan keselamatan yang anda telah tetapkan.
    7. Seterusnya, masukkan kata laluan baru & pengesahan kata laluan, klik “Tukar Kata Laluan”.
    8. Penukaran kata laluan anda yang baharu telah berjaya. Sila simpan kata laluan BKM anda dengan baik supaya anda boleh merujuknya semula sekiranya terlupa.

Terlupa Soalan Keselamatan
Saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan yang telah saya tetapkan, apa perlu saya buat?

Sekiranya anda terlupa dan gagal menjawab soalan keselamatan anda, anda diminta untuk hubungi BKM di talian

1-800-88-2747

atau sila hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk reset semula ID pengguna anda.

FAQ Soalan Lazim

Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?
Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM.

Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?
Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombor di bawah :

BKM – 1-800-88-2747

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress