Untuk pengetahuan, Datuk Ustaz Kazim Elias merupakan seorang penceramah bebas dan juga seorang personaliti di Malaysia. Kebanyakan daripada ceramah beliau banyak dimuat naik kedalam laman Youtube. Beliau sangat aktif melakukan dakwah dengan memberikan ceramah. Ceramah-ceramah beliau banyak boleh didapati di Sosial media seperti youtube.
Pendekatan ceramah dengan cara santai dan diselitkan dengan unsur-unsur komedi yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim menarik minat ramai pendengar dari semua latar belakang masyarakat. Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan agama Islam dan seringkali menerima jemputan memberikan ceramah disekitar tanah air termasuklah Singapura dan Brunei.
Pendekatan beliau dalam ceramah selalunya berkisar tentang topik keluargaan dan motivasi.
Namun Akhir-akhir ini, kesihatan Ustaz Kazim nampak semakin menurun. Mari kita sama-sama doakan agar kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih seperti biasa, Menerusi media sosial, terdapat banyak juga netizen yang meluahkan rasa sayu melihat keadaannya.
Beliau pada masa yang sama merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak.
Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, Ustaz Kazim mula mengajar sebagai guru di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Beliau sering dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.
Selain itu juga beliau dijemput menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai isu-isu dan karenah serta permasalahan keluarga.
Walaupun dalam usia beliau yang muda ketika itu, pendekatan rohaniah dan agama yang beliau praktikkan mampu menyelesaikan isu dan masalah-masalah keluarga dan dari kejayaan dan kebolehannya, beliau dilantik menjadi pengarah di pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Ustaz Kazim juga merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.
Ustaz Kazim dikatakan pernah dikejarkan ke hospital berikutan penyakit yang sedang dialaminya. Sudah pasti ramai daripada rakyat Malaysia sudah maklum akan berita kesihatan Datuk Ustaz Kazim yang agak tidak menentu. Semoga Ustaz Kazim cepat beransur pulih dan sihat seperti biasa.