Terpaksa Pergi ‘Emergency’, Wanita Ini Dedah Keburukan Sudip Kayu

Kejuruteraan Oil & Gas untuk surirumah pastinya dapur.Itulah gelanggang seharian buat mereka dalam menyediakan juadah dan santapan buat sekeluarga.Maka pastilah segala peralatan lengkap untuk kegunaan memasak didapur dengan pelbagai set,warna,jenis dan kegunaan setiap satu jenis barang.Sudip pun boleh jadi pelbagai jenis dari jenis sudip silikon,sudip kayu,sudip besi dengan pelbagai saiz dan warna.

Maka tak hairanlah sudip kayu menjadi pilihan mak-mak dari memasak hingga ke menggoreng sampaikan mungkin dah tinggal ‘kontot’ kayu hujungnya.

Tak kisahlah jenis sudip dan warna serta corak yang macam mana digunakan,apa yang onviral hendak sampaikan hari ini jenis sudip kayu yang bahaya untuk dipakai.Bahaya bukan pada diri sendiri sahaja  malah mengundang bahaya kepada ahli keluarga lain terutamanya anak kecil.

Perkongsian dari saudari Nur Iffahain  ini boleh dijadikan ikhtibar dan panduan buat mak-mak yang suka menggunakan sudip kayu .Ini yang dialami beliau sendiri dan bersyukur tidak terkena pada anak-anaknya.   

Bahaya Sudip Kayu

Selumbar dr sudip kayu bahaya hinga mendatang sakit berdenyut-denyut
Selumbar tersebut terkena petang semalam ketika menikmati makan ,masa makan lagi dah terasa selumbar tersebut dan terasa sakit sebab dah tersangkut dalam tekak.
Malamnya tak dapat tidur kerana tak tahan sakit dan semakin kuat berdenyut.Terpaksa lah terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan malangnya Dr yang merawat tidak menjumpai apa-apa setelah pemeriksaan dilakukan.Atas nasihat Dr, terpaksa merujuk ke Dr ENT untuk rawatan lanjut keesokkan harinya .
Keesokkan paginya terus berjumpa dengan doktor pakar ENT dan doktor berjaya mengeluarkan selumbar yang terlekat di tekak(menggunakan kamera)

Pesanan dan Elakkan

Hati-hatilah dengan penggunaan sudip kayu yang telah lama dan kelihatan rosak. N
1. elakkan guna sudip kayu yang murah dan sememangnya tidak berkualiti
2.buang sudip yang telah lama digunakan
3.tak perlu gunakan lagi sudip kayu, gunakan lah alternatif sudip lain untuk memasak yang penting menunya sihat dan sedap
Terkadang kita tak sangka perkara remeh akan menjadi hal besar,jadi beringatlah .Perkara nak berlaku sekejap masa boleh terjadi,bahaya yang ada pun kita tak pasti.Maka elakkan demi keselamatan sekeluarga.
-Onviral

          sumber ; Nur Iffahain               

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress