Tersepit Tak Mampu Bayar Sewa Rumah | Ramai Tak Tahu Pusat Zakat Ada Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Bulanan

Dikala waktu selepas pandemik hari ini, ramai yang terkesan untuk memulihkan ekonomi sendiri. Namun, ia memerlukan perhatian dari masyarakat yang berupaya dalam membantu orang yang mengalami beban kewangan.

Tempat tinggal ialah keperluan wajib dalam kehidupan kita. Jadi, membayar sewa rumah sangat wajib untuk dibayar terutama sekali yang bujang ataupun berkeluarga.

Namun ramai yang tidak tahu, terdapat organisasi yang menguruskan Zakat yang menyediakan bantuan untuk membayar deposit sewa rumah dan sewa bulanan.

Apakah Syarat Umum?

    • Beragama Islam
    • Warganegara Malaysia
    • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
    • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Apakah Dokumen Yang Diperlukan ?

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
  6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
  7. Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
  8. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan 

Keluarga bercerai. : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan telah diisi dan disertakan dengan dokumen boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter)

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress