Tiba-Tiba Kena Sepak Terajang. Apakah Salahku?…

Apabila pasangan curang, tiada lagi rasa percaya 100% sepenuhnya seperti dahulu. Selalunya pemikiran pasangan yang dicurangi akan sentiasa tertanya-tanya sama ada perangai yang lalu akan kembali berulang lagi.

Namun sesetengah pasangan, kecurangan bukanlah penamat buat segalanya. Memang betul ia cukup pedih untuk ditanggung tetapi masih lagi ada pasangan yang sudi untuk memaafkan dan membuka lembaran baru dalam hidup kerana mereka percaya yang perkahwinan telah dibina wajar dipertahankan.

Lain pula kisahnya dengan satu perkongsian video dari pengguna Tik Tok @apsensoo yang memaparkan aksi seorang wanita yang bukan calang-calang memberikan aksi putaran silat apabila mendapati si suami berlaku curang. Tidak pasti jika ada perkara seperti ini berlaku setakat ini tetapi paparan video yang hanya dirakam untuk hiburan penonton ini amat menghiburkan dan mendapat reaksi daripada netizen.

@apsensoo

Ngelabrak pelakor syari

♬ suara asli – Ubey – Kang Labrak!

Alahai kesiannya kau Patung. Mesti tertekan patung tu. Simpati pada nasibnya. Walau Kerjanya hanya duduk mempamerkan pakaian tetapi dibuat sebegini rupa dijadikan bahan curang. Tak tahu nak sedih atau nak gelak.

Perkongsian video yang amat kreatif dan sekaligus menghiburkan ini mendapat lebih 545.9k setakat ini dimana komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen juga tidak kurang membuatkan penonton ketawa membacanya.

Antara komen netizen :

“Apakah salahku? Apa kita pernah Kenal?”

“Lucu… terhibur saya”

“Tertekan patung tu”

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress