Meraih pendapatan secara bersendirian atau mengupah beberapa orang pekerja dalam sebuah peniagaan kecil juga boleh memohon pinjaman dari bank. Langkahnya seakan sama seperti mana-mana golongan lain cuma terdapat beberapa langkah spesifik yang harus diikuti kerana perbezaan status dan rekod mengikut polisi bank.
Jadi, apa yang harus disediakan bagi golongan peniaga kecil ataupun sesiapa yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap ini?
Dokumen Yang Wajib Di Sediakan
1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Jika peniagaan anda belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Segera daftar dan pastikan ia sentiasa AKTIF.
Tindakan ini adalah penting kerana bank meletakkan syarat perniagaan anda mesti beroperasi sekurang-kurangnnya 2 tahun iaitu dari tarikh anda daftar SSM anda.
Kalau syarikat anda daftar sebagai ‘enterprise’ perlu bawa borang E semasa apply loan.
2. Penyata Akaun bank syarikat (akaun semasa)
Ramai peniaga kurang mengambil kira kepentingan wang hasil peniagaan ke dalam akaun semasa mereka.
Akaun ini sangat kritikal dalam mengasingkan antara akaun peribadi dan peniagaan.
Buat pengetahuan anda, rekod transaksi hasil pendapatan peniagaan yang bersifat konsisten dan spesifik , lebih menyakinkan bank untuk pemohonan pinjaman rumah.
Jika dulu, buka akaun semasa sekarang sangat leceh dan perlukan introducer. Tapi ia lebih mudah kerana ia boleh dibuat tanpa introducer.
Apakah dokumen akaun?
- Statement bank
- Rekod cash
- Rekod sale
- Invoice belian
- Rsit perbelanjaan
- Bil-bil utiliti
Sebagai pemilik enterprise atau perniagaan kecil-kecilan, dokumen di atas ini penting sangat untuk menyediakan akaun untung rugi.
Melalui akaun untung rugi inilah anda boleh declare cukai taksiran.
Sebagai pemilik enterprise, Borang B cukai anda adalah seperti SLIP GAJI anda.
Maka itu, pastikan anda merekodkan semua jualan, perbelanjaaan, dan simpan resit-resit berkaitan. Jika tak tahu nak buat akaun untung rugi, boleh minta perkhidmatan akauntan.
i) Senaraikan komitmen peribadi anda setiap bulan. Contoh :sewa rumah RM500, bil utiliti RM200, barang dapur RM300, petrol RM100,lain-lain RM400
ii) Jumlahkan komitmen tersebut. Dari senarai di atas jumlahnya RM1,500.
iii) Transfer amaun di atas ke akaun simpanan anda pada setiap bulan, sebaik-baiknya pada awal bulan. Jadikan sistem ini seolah-olah anda juga seorang pekerja yang makan gaji dengan bisnes anda sendiri. Anda boleh tulis reference sebagai GAJI BOS.
iv) Dengan cara di atas, ia dapat mengajar anda untuk merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Anda juga takkan sewenang-wenangnya mengambil duit dari akaun bisnes untuk tujuan peribadi yg tidak tersenarai.
Jika anda bekerja dan ada gaji sendiri, bawa juga penyata akaun bank sendiri.
Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
3. Slip Cukai LHDN
Jika bekerja sendiri dan tidak mempunyai slip gaji, anda disarankan untuk declare income tax anda untuk 2 tahun terkini.
Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran perlu disediakan juga bagi yang menggunakan perkhidmatan e-filing.
Apabila dah buat penyata akaun, anda akan dapat jumlah untung bersih.
Daripada sinilah kita boleh tentukan berapa cukai pendapatan berdasarkan jadual cukai yang dikeluarkan oleh LHDN.
4. CCRIS
Slip CCRIS atau laporan kewangan ini boleh didapatkan dari Bank Negara atau secara online.
Pastikan CCRIS anda berada dalam keadaan yang baik.
5. Rekod Akaun Simpanan
Rekod simpanan yang baik juga boleh dibuat untuk menyokong jaminan pinjaman bank . Buktikan melalui penyata dari mana mana bank dimana anda menyimpan simpan wang anda.