TNB galakkan penjimatan elektrik dengan 20 tip mudah bagi pengguna, jom sama-sama kita aplikasikannya dalam kehidupan kita ya. Bukan sahaja kita dapat menjimatkan elektrik, malah jimatkan kos membayar bil eletrik kita juga!
Pelbagai barangan yang kita gunakan di rumah menggunakan elektrik, antara yang paling banyak digunakan adalah lampu dan kipas. Banyak lagi peralatan lain yang gunakan elektrik seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Penggunaan telefon pintar contohnya, walaupun menggunakan bateri masih perlu untuk dicas. Jadi kita perlu cakna tentang penggunaan elektrik harian kita dan mengelakkan pembaziran tenaga.
TNB Sarankan 20 Tip Penjimatan Eletrik
Mari kita ikuti tip-tip menjimatkan penggunaan elektrik di rumah:
Tip 1 – Sila tutup komputer bila tidak digunakan
Jika anda mempunyai set komputer di rumah, pastikan anda menutupnya (power off) bila tidak digunakan. Kebiasaannya, komputer dibiarkan sahaja dalam mod sleep atau hibernate yang masih menggunakan tenaga lektrik walaupun pada kadar yang lebih rendah.
Tip 2 – Lakukan kerja rumah bersama-sama
Apabila berada di rumah, ajak anak-anak untuk mengumpulkan pakaian mereka bagi dibasuh bersama. Jadi apabila kita membasuh baju dengan muatan penuh, ianya lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding membasuh berasingan.
Tip 3 – Pilih untuk menjaga alam sekitar
Apabila membeli peralatan elektrik, pastikan anda memilih peralatan yang mempunyai rating 5 bintang bagi kadar penjimatan elektrik. Peralatan ini lebih menjimatkan elektrik dan efisyen.
Tip 4- Pastikan yang tersayang selamat
Penggunaan lampu sorot (spotlight) dengan sensor pergerakan bagus untuk keselamatan mereka yang tersayang. Usah biarkan mereka meraba-raba dalam gelap mencari suis lampu setiap kali masuk ke ruang dapur atau bilik. Selain itu ianya juga menjimatkan tenaga kerana digunakan waktu diperlukan sahaja.
Tip 5- Usah biarkan kulit anda kekeringan
Anda tarik selimut, selesanya tidur dengan hawa dingin terpasang. Namun adakah anda tahu penggunaan hawa dingin juga menyebabkan anda kehilangan lembapan kulit? Jadi pastikan sebelum anda tidur, setkan timer agar setelah anda tidur penhawa dingin akan dimatikan secara automatik.
Tip 6 – Sedikit itu lebih baik untuk bumi kita
Cuba buka peti ais anda, lihat apa yang ada di dalamnya. Peti ais yang tersusun dan kurang isinya akan memudahkan pengaliran udara dan seterusnya meningkatkan kecekapannya.
Tip 7 – Jimat tenaga dan wang anda
Kumpulkan pakaian yang perlu digosok dan gosok dalam kuantiti yang banyak. Ianya menjimatkan tenaga dan wang anda.
Tip 8 – Bermain bersama keluarga
Ajak ahli keluarga bermain dan berinteraksi bersama-sama. Tutup gadget dan bermain aktiviti seperti bermain teka silang kata, menyusun lego, atau bercerita.
Tip 9 – Bumi juga perlu menyejukkan diri
Bukan kita sahaja yang ingin terasa dingin, bumi juga! Jadi set suhu penghawa dingin anda pada 24°C.
Tip 10 – Cahaya semulajadi adalah yang terbaik untuk mata anda
Pastikan ruang dalam rumah anda mempunyai pencahayaan semulajadi yang mencukupi. Ianya bukan sahaja bagus untuk mata, malah mengurangkan keperluan untuk memasang lampu. Sila tutup lampu anda waktu siang ya dan nikmati cahaya semulajadi yang lebih sihat.
Tip 11- Jom lebih Hijau
Mentol jimat tenaga bukan sahaja tahan lebih lama malah menjimatkan elektrik. Jadi beralihlah dari penggunaan mentol biasa kepada LED jimat tenaga.
Tip 12- Bernafas dengan udara yang lebih bersih
Bilakah kali terakhir anda membersihkan penyaman udara di dalam rumah anda? Pastikan bahagaian penapis udara dibersihkan bagi melancarkan pengaliran udara dan lebih efisyen.
Tip 15 – Lebih tenaga dengan kurang guna tenaga
Mandi dengan air sejuk akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga, tanpa membazirkan tenaga!
Tip 14 – Cairkan (defrost) dahulu sebelum panaskan
Nyahbekukan makanan yang diambil dari peti ais sebelum memasukkannya ke dalam oven ya.
Tip 13 – Kurang kedut, kurang pembaziran
Sebaik sahaja anda mengangkat kain yang telah kering dari jemuran, lipat dengan segera. Pakaian anda akan kurang berkedut jadi kurang keperluan untuk menggosok!
Tip 16 – Memastikan ianya tertutup bagi kesejukan kekal
Apabila memasang penghawa dingin di dalam rumah, pastikan anda menutup pin dan tingkap agar penyejukan dapat berlaku dengan lebih cepat.
Tip 17 – Tidur nyenyak dengan mudah sahaja
Pasang suis pemalap lampu untuk lampu di bilik tidur anda. Ianya membantu otak berehat sebelum tidur.
Tip 18 -Pastikan ianya bersih, jadi lebih efisyen
Walaupun kita hanya gunakan cerek air untuk memasak air sahaja, ianya juga perlu selalu dibersihkan. Kerap bersihkan bahagian pemanas cerek eletrik anda bagi rebusan yang lebih efisyen.
Tip 19 – Menggunakan pam yang betul mengurangkan pembaziran
Jika anda menggunakan pam eletrik untuk kolam atau akuarium anda, pastikan and menggunakan pam saiz bersesuaian untuk meningkatkan penjimatan elektrik.
Tip 20 – Biarkan ia kering dibawah matahari
Sidai pakaian anda di bawah matahari, ianya lebih segar dan tahan lebih lama berbanding dikeringkan dengan mesin pengering.
TNB Home Energy Calculator
Selain daripada tip-tip di atas, ada pelbagai lagi cara untuk menjimatkan penggunaan eletrik di rumah anda. TNB telah menyediakan laman khas untuk anda membuat kiraan kadar penggunaan elektrik di rumah anda. Laman interaktif ini boleh diakses di Home Energy Calculator.
Bayar Bil TNB Anda Secara Online
Selain memastikan penjimatan eletrik, kita haruslah juga menjadi pengguna yang bertanggungjawab. Jelaskan bil eletrik anda mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan penalti dan juga untuk kesinambungan penggunaan eletrik anda juga.
Selain daripada kaunter rasmi, anda juga boleh bayar bill TNB anda secara online melalui myTNB Self Portal, JomPAY dan juga melalui internet perbankan seperti CIMB Clicks, Maybank, myBSN, Bank Islam IB dan lain-lain.
Semoga perkongsian kalini bermanfaat buat semua pembaca OnViral ya.
Sumber:
- Laman web rasmi Tenaga Nasional Berhad