Tonton : Live Streaming TV1, TV2 & TV3

Apabila sebut pasal hiburan, terdapat banyak pilihan yang boleh kita nikmati, dan salah satunya adalah dengan berehat di depan tv sambil menonton rancangan kegemaran anda seperti drama dan rancangan realiti tv.

Tetapi kini tidak lagi, trend sekarang sudah berubah walaupun masih ada yang menonton tv. Seiring dengan kepelbagaian inovasi moden pada masa kini, menonton program menarik disediakan stesen penyiar tidak hanya tertumpu pada tv malah boleh juga tonton di telefon bimbit mahupun tablet.

Pada ketika ini, boleh dikatakan segalanya ada di hujung jari dengan memuat turun aplikasi di platform yang disediakan. Justeru, ia lebih mudah dan boleh ditonton di mana-mana sahaja.

OnViral akan kongiskan kepada pembaca senarai platform untuk menonton drama kegemaran anda dan paling penting ianya jauh lebih praktikal.

1. Tonton

tonton

Apa itu tonton?

Untuk makluman, tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, ianya menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010.

Para pengguna boleh menikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus.

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan nombor #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Cara Layari Tonton

Anda boleh melayari laman web rasmi www.tonton.com.my untuk menyaksikan program-program menarik melalui semua alat peranti mudah alih atau muat turun aplikasi tonton di Google Play Store dan Apple App Store.

2. Xtra

tonton

Apa itu Xtra?

Xtra merupakan portal dan aplikasi penstriman video nombor satu  Malaysia, tonton memperkenalkan xtra.com.my iaitu portal berita hiburan dan gaya hidup melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup lensa ‘milenial’!

Cara Layari Xtra

Anda boleh layari laman web rasmi www.xtra.com.my untuk menyaksikan program-program yang menarik minat anda.

3. RTMklik 

tonton

Perkembangan Media baharu memberi impak yang besar kepada penyebaran maklumat kepada khalayak. Menyedari hakikat ini RTM mengorak langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996 lagi. Mulai tahun 2012 perkhidmatan ini diperluaskan dengan penggunaan mobile streaming. Sehingga 2013, RTM mempunyai 3 stesen TV (TV1, TV2, TVi dan Galaksi Muzik) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web dan Mobile streaming (RTM Mobile).

Kini RTM mengorak langkah maju ke hadapan selari dengan perkembangan teknologi semasa dengan menampilkan 5 stesen TV (TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM dan RTM Sports) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web rtmklik (MyKlik) dan Aplikasi RTM Mobile.

Cara Layari RTMklik

Anda boleh layari www.rtmklik.rtm.gov.my untuk menyaksikan program-program yang menarik melalui semua alat peranti mudah alih atau muat turun aplikasi tonton di Google Play Store atau Apple App Store.

4. Astro Go

tonton

Astro Go kini menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui aplikasi mobile mahupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja.

Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv yang menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia untuk anda tonton bila-bila masa sahaja.

Cara Layari Astro Go

Anda boleh layari www.astrogo.astro.com.my untuk menyaksikan drama dan program yang menarik melalui semua alat peranti mudah alih atau muat turun aplikasi tonton di Google Play Store atau Apple App Store.

5. Netflix

tonton

Netflix ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penstriman secara online (online streaming), di mana pelanggan boleh menonton filem, drama, ataupun rancangan televisyen secara online melalui Netflix. Ianya juga boleh dimuat turun melalui telefon bimbit.

Netflix menyediakan bermacam sajian filem /drama /rancangan televisyen yang menarik dari luar negara. Rancangan dari Malaysia juga ada, tetapi tidak banyak sangat.

Buat anda yang tidak pernah menggunakan Netflix dan ingin menggunakannya untuk menonton filem atau rancangan yang anda inginkan, anda perlulah mendaftar dahulu akaun baru.

Cara Layari Netflix

Anda boleh layari www.netflix.com untuk menyaksikan drama dan program yang menarik melalui semua alat peranti mudah alih atau muat turun aplikasi tonton di Google Play Store atau Apple App Store.

Kesimpulannya, banyak lagi platform untuk menonton drama dan juga movie yang terkini tetapi ini senarai di atas adalah platform yang menjadi kegemaran admin. Selamat menonton!

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress