Trauma, Takut Untuk Keluar, Kisah Sedih Gadis Istimewa Ini Hilang Ibu Ayahnya.

Tak semua pasangan ada rezeki untuk ada cahaya mata sendiri, tak semua anak juga memiliki ibu dan ayah yang menjaganya penuh kasih sayang dari kecil sampai besar.

Ujian kita semua berbeza. Ada anak yang ditatang penuh kasih sayang, ada juga kurang sayang dan ada antara mereka yang terpaksa membesar tanpa kedua ibu bapak.

Ini ujian yang dihadap seorang gadis istimewa yang kini tinggal sebatang kara tanpa ibu bapaknya di rumah anak yatim milik sukarelawan, Natipah Abu.

Menceritakan Kak Pah, gadis istimewa yang berusia 35 tahun itu dilihat cukup naif dan lebih suka menyendiri. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi selepas ibu kandungnya menghilangkan diri sampai sekarang, dan dia kemudiannya diuji apabila ibu, bapak keluarga angkat dan kakak angkat sulungnya meninggal dunia.

Kini tak ada tempat bergantung lagi, gadis istimewa itu mendapat perlindungan di rumah anak yatim milik Kak Pah bagi membantunya untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan tidak keseorangan.

Jum sama-sama baca perkongsian Kak Pah bersama gadis istimewa ini.

Dia anak syurga

“Kak Pah .. Kak Pah kena tolong budak ni Kak Pah. Saya tak dak tempat dah ni. Kesian dia Kak Pah . Dia dah takde tempat’

Tak tahu yang keberapa Cikgu Anwar call Kak Pah semalam. Dan banyak tak angkat dan Kak Pah telah menolak sebelum ini.

Sebut saja nama Cikgu Anwar. dunia NGO setempat memang sinonim dengan nama guru yang telah bersara itu. Orang lama yang outreachnya sangat detail.

Dan dalam hal ini, dia buntu. Sebab yang diperlukan bukanlah duit. Tapi tempat tinggal dan penjagaan.

“Cikgu.. tinggalkan kamu dekat hotel dulu boleh tak? Sebab rumah anak yatim Kak Pah tak siap lagi. Barang memang dah ada, tapi perkerja tak masuk lagi, esok baru masuk pekerja.”

Kak Pah cuba bercakap untuk satu malam je di hotel. Tetapi Cikgu Anwar terus memujuk.

“Oklah kalau macam tu. Bawa dia ke rumah mengaji Kak Pah. Sana ada bilik . Esok malam kita pindah masuk ke rumah anak yatim.”

Dia berusia 35 tahun. Seorang gadis yang sangat naif. Selepas menlihat wajahnya, terus Kak Pah berkata,

“Cikgu.. orang macam ni tak akan bunuh diri. Sebab dia tak tahu apa-apa.

Kak Pah panggil namanya berapa kali. Dia yang sedang duduk di dalam bilik menyahut dengan nada yang perlahan.

Kak Pah kemudian ajak dia keluar dari bilik itu .. tapi dia mengambil masa sikit untuk siapkan, merapikan diri sebelum keluar dan duduk ddepan pintu bilik saja.

Kak Pah mengajak dia bercakap .. tapi dia diam. Banyak soalan Kak Pah tanya, tapi dia hanya senyuman saja yang Kak Pah dapat sebagai jawapan.

Dia boleh bercakap tetapi lambat sedikit.. dan dia juga seolah tidak fokus kepada soalan Kak Pah tanya.

Hatta… Kak Pah mengajak dia bercerita dan bertanya tentang insan yang amat sayang. Tapi dia tak mendapat memberi reaksi darinya. Kesian Kak Pah kerana tak dapat menyelami isi hatinya.

“Mana mak?”

“Lama dia diam, sambil mata berkaca.”

“Ayah mana?”

“Tak tahu”

Dia menjawab sepatah  dan dia diam lagi. Menggaru-garu kepalanya sambil pandangannya meliar entah ke mana.

Kelihatan dia memang seorang insan istimewa. Dari pandangan mata kasar, dia ada masalah lembam dan mungkin bercampur juga dengan kemurungan hidupnya.

Dipelawa dia untuk makan makanan yang ada di atas meja, dia bangun dengan perlahan. Mengambil makanan dan duduk depan muka pintu.

Dekat setengah jam dia belum menghabiskan sebungkus nasi. Sambil makan, dia menganggukkan kepala.. seolah sedang bermonolog.

35 tahun lalu, ketika masih bayi. dia telah diserahkan kepada sepasang suami isteri oleh ibu kandungnya.

Ibu kandung bayi tersebut meminta pasangan suami isteri itu mengasuh bayinya dengan alasan nak pergi bekerja.

Setelah mendapat gaji, dia akan membayar duit mengasuh bayi itu. Itu janji si ibu kandung.

Tetapi sejak itu hari, si ibu kandung pergi dan tak datang lagi. Tinggallah pasangan yang suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan itu membesarkan dia dengan penuh kasih sayang walaupun banyak yang serba kekurangan.

Pasangan tersebut itu akhirnya menjadi ibu dan ayah angkatnya. Takdir Allah.. ibu angkat pergi terlebih duhulu menyahut panggilan Ilahi ketika dia masa dia masih kanak-kanak lagi.

Tinggal dia dibesarkan oleh ayah angkat. Umum semua tahu, betapa sayangnya si ayah angkat terhadap dia. Dengan motosikal .. dia dihantar ke sekolah sama seperti anak kandungnya sendiri.

Masa umurnya 25 tahun , ayah angkat nya jatuh sakit dan lumpuh akibat strok. Sejak itu, dia dan ayah berpindah ke rumah kakak angkatnya, iaitu anak perempuan sulung ayah angkat.

5 tahun dia dan ayah angkat tinggal, dijaga oleh kakak angkat sulungnya, si ayah angkat pun akhirnya kembali juga ke Rahmatullah.

Selepas 5 tahun setelah pemergian ayah angkat.. dia berada di bawah jagaan kakak angkatnya, sebelum tibanya giliran kakak angkat pula pergi buat selamanya 6 bulan yang lepas.

Sejak itu. dia terpaksa keluar dari rumah arwah kakak angkatnya.

Dengan itu mulalah kehidupanya yang terumbang ambing. Dalam masa tempoh enam bulan, dia dah enam kali berpindah dari saudara mara keluarga angkatnya.

Namun semuanya ahli keluarga sedara mara tidak mampu menjaga dia atas masalah dan alasan tersendiri. Yang paling tidak dapat disangkal. Ialah atas masalah aurat kerana dia bukan keluarga kandung mereka.

“Kami nak minta tolong Kak Pah kesan ibu kandung dia. Kak Pah kan ada ramai kawan. Mesti boleh jejak ibu kandung dia kat mana..”

Kak Pah mengambil sijil lahirnya. Yang ada tertera di atasnya hanya maklumat ibu kandung yang ketika melahirkan dia, berusia 22 tahun. Maklumat yang lain, tidak diketahui.

Andai si ibu masih hidup .. sekarang mesti usianya 57 tahun. Perlu ke kita cari ibunya ?

Kemungkinan dia akan kembali peluk anak seperti ini dan mengakui kepada dunia , inilah anak yang pernah dia kandung dan lahirkan lalu tinggalkan?

Ya! Kalau anak ini doktor, peguam atau seorang yang telah berjaya. Mungkin si ibu kandung akan menangis dan memeluk anak ini dengan penuh penyesalan dan kasih. Tetapi dalam keadaan dia seperti hari ini …bagaimanakah ?

Bagaimana pula seandainya. si ibu ini telah ada kehidupan baru. Telah bertaubat di atas segala khilafnya dan menutup rapat kisah silamnya dari pengetahuan orang di sekelilingnya, betul tak!

Jika si ibu ingin tengok wajah si anak, sejak hari pertama dia akan kembali bukan pergi meninggalkan bayinya kepada pasangan itu.. mereka kekal di rumah itu selama berpuluh tahun lamanya.

Melihat keadaan dia.. secara zahirnya dia memang trauma. Takut untuk keluar dari bilik, takut untuk bercakap siapa pun dengan orang yang belum dikenali.

Lebih sedih tengok dia tidak tidur di atas tilam yang kita sediakan semalam, dia tidur sambil memeluk lutut di atas lantai yang beralaskan tikar getah itu.

“Cikgu. Kak Pah akan bawa dia tinggal bersama di rumah anak yatim Kak Pah. Biarlah dia tolong kerja-kerja ringan di sana. Bagi dia hidup berkawan disana. Kak Pah harap dapat mengubah diri dia. Kalau tak ubah banyak .. dapat dapat sikit pun jadilah.”

Yaaa.. Kak Pah ingin beri dia peluang menikmati kehidupan yang penuh dengan kasih sayang di sana tanpa perlu mengembalikan dia di kepada (JKM). Semoga dia gembira disana !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *