Seorang tukang gali di Sri Lanka secara tidak sengaja telah terjumpa batu safir yang sangat besar dan dikira sebagai batu safir terbesar di dunia ketika ini yang pernah dijumpai dengan nilai mencapai Rp 1,4 trilion.
Batu Safir terbesar di dunia yang mendapat jolokan Batu safir bintang langka (Serendipity Sapphire) tersebut dijumpai di belakang rumah tukang gali tersebut ketika dia sedang menggali telaga.
“Orang yang menggali telaga di rumahnya telah menghubungi dan memberi tahu kami yang dia telah terjumpa batu langka yang tertanam di belakang rumahnya lalu kami kemudiannya pergi rumahnya dan berhasil melihat penemuan spesimen yang agak besar ini.” ujar Gamage yang dipetik dari The Sun Rabu, 28 Julai 2021. Gamage iaitu lelaki yang menjumpai batu tersebut enggan identitinya diketahui atas alasan peribadi dan privasi.
Setelah menemukan batu safir batu langka gergasi tersebut, dia lalu melapor kepada pihak berkaitan untuk dibuat penyelidikan lanjut. Menurut laporan Nation LK, proses penyelidikan tersebut mungkin akan memakan masa berbulan-bulan hingga satu tahun.
Selain itu, batu langka tersebut juga perlu melalui proses pembersihan daripada lumpur dan kotoran yang melekat bagi memudahkan proses penyelidikan. Pakar batu permata setelah itu akan dapat membuat analisis tentang kualiti batu istimewa tersebut sekaligus membuat pengesahan akan ketulinannya.
Baca juga: Kabinet Mertua Runtuh, Menantu Buat Kerja Awal Pagi
Pihak berkuasa Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) menyatakan yang batu langka gergasi tersebut sebenarnya sudahpun mendapat tawaran dari beberapa badan yang berminat, diantaranya adalah dari perwakilan kerajaan.
“Batu langka permata yang besar ini dijumpai di kawasan Kahawatte iaitu terletak dalam daerah Ratnapura dan kami tidak boleh memberitahu perincian yang lebih dalam tentang lokasi yang sebetulnya atas sebab keselamatan dan juga privasi,” ujar Thilak Weerasinghe, ketua NGJA.
“Batu ini adalah dari spesimen Star Sapphire langka dan kemungkinan batu permata langka yang terbesar di dunia. Jika dilihat pada ukuran dan nilai batu tersebut, kami boleh agak yang ia akan menarik minat kumpulan pengumpul peribadi ataupun akan diminta oleh pihak muzium.” jelas Thilak lagi..
Thilak juga menjelaskan yang batu Star Sapphire tersebut mempunyai ukuran sepanjang 100cm, lebar 72cm, dan tinggi yang mencapai 50cm. Dia menegaskan bahawa batu langka itu sepenuhnya milik Gamage, sebab dijumpai di atas tanah milik peribadi, akan tetapi pada masa ini diletakkan di Bank of Ceylon.
Gamage menyatakan kepada BBC bahawa semasa batu tersebut dibersihkan, terdapat beberapa batu yang jatuh dari sisa batu besar itu yang diketahui memiliki kualiti yang tinggi dan sangat bernilai.
“Saya belum pernah melihat spesimen sebesar itu sebelum ini. Batu langka permata ini berkemungkinan mula terbentuk sekitar lebih kurang 400 juta tahun yang lalu,” kata ahli pakar permata Dr Gamini Zoysa.
Batu langka tersebut bernilai 510kg atau setara 2,5 juta karat. Ia berwarna biru pucat dan dianggarkan boleh mencapai 100 juta dolar atau sekitar Rp 1,4 trilion.
Baca juga: Tragedi Aneh Budak Melayang Tinggi Di Udara