Tukar Kad Maybank Online | Tunggu Kad Depan Rumah Je

Cara Tukar Kad Maybank Secara Online & Sampai Depan Rumah – Semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika malas atau tiada masa untuk berurusan dikaunter bank, anda boleh je tukar kad tersebut dalam talian dan tunggu kad yang baharu sampai didepan rumah.

Jadi, Bagaimana Caranya?

1. Log masuk Maybank2U

cara tukar kad maybank

2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Replace Card

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

.

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Sebaik sahaja selesai, kad baharu anda akan disampai dalam tempoh 9 hari waktu bekerja selepas pemohonan diterima. Caj penukaran kad adalah sebanyak RM12 dan ditolak dari baki simpanan dalam akaun anda.

Sesudah saja sampai kad anda, anda perlu mengaktifkan kad tersebut mengunakan dua saluran iaitu ATM Maybank atau secara dalam talian.

Cara Aktifkan Kad Baru Anda Melalui ATM

1.Masukkan Kad

2.Pilih Bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan Seterusnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Cara Aktifkan Kad Baru Anda Melalui Website

1.Log masuk laman web Maybank2U

2.Klik Settings

3.Klik Cards

4.Klik Manage Debit Cards

5.Klik Activate

*Anda wajib mengaktifkan kad baru anda dalam tempoh 90 hari atau anda perlu mengulang langkah 1 untuk memohon kad baru dan caj pertukaran baru akan dikenakan. Tapi jangan risau

cajnya tetap sama. Hehehe..

Nombor Pin lama juga boleh digunakan. Tapi jika ingin menukar kepada Pin baru anda harus menukarnnya di Maybank2U

Sumber: Maybank2U

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress