Tunjuk Spray Nyamuk, Rossa Serra Bagi Amaran Kaki Sondol

Masih ‘HOT’ lagi kontroversi yang melanda rumahtangga pelawak Shuk Sahar dan Isteri Rossa Serra, terbaru Rossa dengan penampilan yang semakin langsing lantas menjadi perhatian ramai malah ada netizen mengatakan perubahan ketara Rossa boleh buat Shuk menangis. Apa tidaknya, isterinya semakin cantik dan maju kehadapan.

Baru-baru ini, Rossa dikatakan memberikan ‘soft warning’ dengan memuat naik video gurauan memberi amaran kepada kaki sondol di luar sana sambil memegang penyembur nyamuk.

 

@rossa.sera sy mewakili persatuan isteri yg teraniaya 😛😛 📸@inayahbeauty ♬ Big And Chunky – Juan Torres 🤠

Rossa turut berseloroh dengan menyertakan kapsyen mengatakan dia mewakili persatuan isteri-isteri yang tersakiti.

Perkongsian Rossa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan wanita itu untuk menyembur spray pembunuh nyamuk ke muka perampas sebagai peringatan dan pengajaran.

Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan dirinya sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini sedang dalam proses untuk menfailkan kes penceraian selepas lima tahun berhadapan dengan konflik rumah tangga.-onviral

artikel berkaitan ; Lepas Kereta Masuk Longkang,Kini Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Untuk Hidup

baca lagi ; Dijual 1.2 Juta, Siapakah Pemilik Baru Banglo Mewah Shuk Sahar?

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress