Ular Ditengah tasik cuba panjat sampan.

Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Papan Dayung Dan Sempat Singgahkan Kepala Bagai Memberi ‘Salam’

Seperti yang anda tahu, lebih 70% daripada permukaan Bumi adalah teridiri daripada lautan dan yang lain adalah daratan yang terletaknya juga tempat tinggal manusia. Mungkin kita tahu atau lebih biasa dengan spesis hidupan yang berada di atas darat tapi lain pula kehidupan di laut kerana banyak spesis hidupan yang kita tak tahu atau tak pernah tengok.

Baru-baru ini viral sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pembuat filem Australia yang dikenala sebagai Brodie Moss yang merakam seekor ular laut sedang menuju kearah papan dayungnya.

Dalam video tersebut dilihat ular yang panjangnya 2 meter itu sedang berenang menuju kearahnya dari jauh dan berhenti apabila sampai sahaja di papan dayungnya.

Apa yang lebih menarik adalah ular itu seolah-olah mahu menyapa dan memberi salam kepada mereka dan sempat meletak kepalanya seketika di papan dayung itu sebelum berenang semula ke tempat lain.

Ular laut itu sempat letakkan kepala atas papan dayung.

Untuk pengetahuan anda bagi ular yang berada di Lautan Hindi dan Pasifik mereka akan naik ke permukaan air untuk bernafas. Menurut portal Live Science, ular laut jantan mempunyai penglihatan yang kurang jelas dan menyebabkan mereka kadang-kadang keliru dengan menganggap manusia sebagai ular betina.

Ular itu beredar sebaik sahaja ‘singgah’ di papan dayung lelaki berkenaan yang aneh dan juga agak unik kerana ular tersebut kelihatan langsung tidak takut dengan kehadiran manusia.

VIDEO:

Rata-rata warganet yang lihat video tersebut meluahkan rasa kagum mereka dan memuji perakam video yang berjaya merakam video menakjubkan itu.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress