UPU Online- Cara Permohonan & Syarat Permohonan

UPU Online adalah satu portal yang di gunakan oleh mereka yang bakal bergelar pelajar IPT untuk membuat permohonan bagi menyambung pelajaran ke IPTA di seluruh Malaysia.

UPU ONLINE 1

Ia merupakan portal yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi untuk memudahkan mereka di luar sana membuat permohonan untuk menyambung pelajaran ke IPTA yang mereka ingini. Dengan adanya portal ini ia secara tidak langsung memudahkan proses permohonan dan menjimatkan masa.

Syarat Permohonan UPU Online

Ada beberapa syarat permohonan yang telah ditetapkan di dalam UPU Online ini. Antaranya ialah:

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )

  • STPM 2020
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2019 / 2020
  • STAM 2019 & 2020
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )

  • SPM 2020
  • SPM 2019
  • SPM 2018

3) LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
  • Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

Baca Juga: Asmaul Husna : Manfaat Jika Selalu Mengamalkanya

Cara Membuat Pendaftaran Akaun UPU 

1- Untuk membuat pendaftaran dan permohonan UPU online, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan No PIN UPU di mana-mana cawangan bank BSN. Nombor Pin ini penting kerana ia akan di gunakan untuk mengisi permohonan UPU online anda nanti

2- Selepas itu, untuk membuat permohonan anda perlu pergi website rasmi UPU atau anda boleh klik di sini

3- Untuk membuat pendaftaran akaun baru, anda perlu klik ikon “Daftar Akaun”

4- Kemudian, anda akan keluar bahagian borang pendaftaran anda perlu isi maklumat seperti: 

  • No kad pengenalan
  • Emel
  • Nama Ibu
  • soalan keselamatan 1
  • soalan keselamatan 2
  • kata Laluan
  • Sahkan kata laluan.

Pastikan maklumat ini di isi dengan teliti kerana ia adalah maklumat penting yang perlu anda masukan sewaktu anda nak log masuk tadi. 

Cara Untuk Membuat Pendaftaran IPT Dalam UPU Online

Setelah anda berjaya membuat pendaftaran akaun, anda sudah boleh mula membuat permohonan untuk jenis pengajian dan IPTA yang anda hendak mohon. Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu tekan Butang ‘Permohonan’ pada sebelah kiri laman untuk mula membuat permohonan. Sewaktu mengisi borang permohonan di dalam UPU Online pastikan anda isi dengan teliti dan penuh berhati-hati. Ini kerana, borang yang salah di isi permohonanya akan di tolak.

Kriteria Pemilihan Pelajar

Walaupun anda sudah membuat permohonan dan mengisi segala borang permohonan dengan betul dan lengkap tetapi itu tidak bermaksud permohonan anda untuk bidang dan IPT yang anda mahukan akan diluluskan dengan mudah. Sebaliknya, ada bebrepa kriteria yang akan dipertimbangkan oleh JPT sebelum meluluskan permohonan anda. Antara kriteria tersebut ialah:

1- Borang permohonan yang lengkap dan yang telah berjaya di terima oleh UPU Online

2- Memenuhi syarat khas program pengajian yang telah ditetapkan

3- IPT yang di pohon mempunyai kekosongan tempat

4- Berjaya dalam ujian saringan/temuduga

5- Mempunyai kekdudukan merit yang tinggi

UPU Online Sangat Memudahkan Bakal Pelajar Untuk Membuat Permohonan Melanjutkan Pengajian

Kesimpulanya, dengan adanya portal UPU ini ia secara tidak langsung sangat memudahkan bakal pelajar untuk membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian mereka ke IPTA yang mereka mahukan. Ini kerana, dengan adanya UPU online ini ia dapat menjimatkan masa dan emmudahkan mereka

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress