URUS B50 | Permohonan Akan Bermula 15 November 2021

Program URUS adalah satu program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50 yang terjejas.

Untuk pengetahuan anda, pada bulan Oktober yang lepas, Perdana Menteri kita Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Peminjam di dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan juga termasuk di dalam program Urus B50 ini.

Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui tentang cara melakukan permohonan dan semakan untuk kelayakan bantuan URUS B50. Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui permohonan dan bantuan-bantuan lain serta isu-isu semasa.

Kelayakan Bantuan URUS B50

Program URUS B50 merupakan program pengurusan dan ketahanan kewangan kepada mereka yang:

    • Mereka yang sudah berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
    • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880 (B40 dan ke bawah).
    • Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
    • Mereka yang mengalami
      • Kehilangan pekerjaan; ATAU
      • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%


Baca juga: KJ “Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin”

Jenis Bantuan URUS B50

Untuk makluman pihak bank akan memberikan kepada anda pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan PFP) yang akan menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.

PFP merangkumi:

    1. Pengecualian faedah selama 3 bulan.
    2. Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
    3. Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

urus b50

Cara Mohon URUS B50

Permohonan untuk Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dibuka sekarang (mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022).

Anda boleh memohon dengan menghubungi bank-bank yang berkaitan dengan anda melalui:

    • Laman web bank
    • Telefon
    • Hadir di cawangan bank

Baca juga: (video) Pil0t Bersyahadah Di ‘Langit Biru’ Setelah Mendapat Hidayah

urus b50

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan memerlukan maklumat lanjut berkaitan program URUS, sila layari laman web dengan menekan pautan di bawah:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress