Usaha Sampai Berjaya, Walaupun Menyimpan Dengan Cara Ini. Hebat Kan!

Mesti setiap orang mempunyai keinginan untuk beli kereta idaman dan berusaha untuk mencari dan mengumpul duit demi merealisasikan impian mereka

Sama seperti pasangan suami isteri di Indonesia ini yang menyimpan duit selama 3 tahun daripada 2018 dan akhirnya berjaya membeli sebuah kereta idaman mereka.

Asriadin Syamsuddin dan isterinya Ratna adalah peniaga yang mempunyai gerai jalanan di Kota Makassar.

Sepanjang perniagaan mereka, sepasang suami isteri tersebut telah menyimpan hasil duit jualan yang tidak digunakan ke dalam air balang sehingga mencecah ratusan juta rupiah dan memboleh kan mereka membeli kereta impian iaitu Toyota Rush yang berharga 271 Rupiah bersamaan RM 79,644.

Menerusi Asriadin, kebanyakkan duit di dalam itu hanya duit syiling kerrana merupakan pemberian daripada pelanggan yang datang membeli jualan mereka.

“Tidak terasa seperti saya menabung selama tiga tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan dapati nilainya mencecah ratusan juta rupiah,” katanya.

Semasa pergi ke sebuah kedai jualan kereta Toyota, pekerja di sana terkejut bila tengok mereka membawa 9 balang berisi duit, namun tetap melayan mereka dengan baik.

Pengurus cawangan tersebut, Ariefyanto Arsjad mengatakan ini bahawa ini kali pertama cawangannya menyambut pelanggan yang membawa balang air untuk membeli sebuah kenderaan.

“Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana kami belum pernah ada pelanggan beli kereta menggunakan duit syiling secara tunai.

“Apabila kami kira, kami dapati Asriadin bawa wang cukup sebanyak 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush.”

Nak difahamkan lagi sebelum ini Asriadin telah membayar wang deposit tapi tidak mendedahkan jumlahnya, namun dengan tambahan wang simpanan dari 9 balang tersebut telah membuat mereka mampu membelu kereta Toyota Rush secara tunai.

 

 

 

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress