Van Jenazah yang Diwakafkan, Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Kawan Baik

Mempunyai kawan baik yang dapat membantu dikala susah dan senang malah hingga ke liang lahad adalah satu anugerah dan sesiapa yang memilikinya amat beruntung dan bertuah. Sekiranya anda pernah mengenali mahupun mengikuti di laman sosial usahawan muda Hafiz Mahamad, anda akan tahu bahawa banyak kisah kejayaannya memberikan inspirasi dan membuka mata ramai anak muda. Ini adalah termasuk, sumbangannya mewakafkan van jenazah untuk kegunaan masjid di kampung.

Terdahulu, Hafiz pernah memuat naik dan berkongsi beberapa video yang menunjukkan beliau bergegas menuju ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya, Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Nor yang jatuh sakit akibat strok.

Namun begitu sahabatnya  yang lebih dikenali dengan panggilan nama Loh dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember. Disebabkan hal tersebut, Hafiz sekali lagi bergegas ke Kelantan untuk melawat jenazah sahabat baiknya itu serta berkongsi ‘perjalanan terakhir’ sahabatnya.

Jadi Imam & Guna Van Jenazah Yang Diwakafkan Sendiri

Bapa kepada seorang cahaya mata itu merasa amat bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.

Pada masa yang sama, Hafiz juga tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

Dibawah adalah catatan buat sahabat baiknya yang dikongsikan oleh beliau

Ini kali terakhir aku datang sahabat.

Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada.

Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan.01—-+10****************43+

++++++++++++++++++++++

Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah.

Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni.

Sahabat yang membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dengan sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yang selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.

Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya, Loh. Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat.

Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lagi sebak tu.

Janji Kawan Baik..

Saya ke kubur dan saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat.

Loh, aku dah laksanakan janji aku dekat mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dengan mu. Sebab apa? Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat.

Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu kat sana.

Aku di sini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yang lain Loh.

Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Jumpa mu nanti di sana nanti

Orang ramai rata-rata bersimpati dan turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dimana pada masa yang sama mendoakan Allahyarham Loh.

Salam takziah diucapkan kepada Hafiz moga terus kuat menjalani hidup tanpa kawan baik di sisi serta dapat terus membantu dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Kawan sejati sukar dicari, sanggup bersusah payah demi kawan baik sendiri.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress