Wakil KWSP – KWSP Simpanan Terbaik Masa Hadapan

ALOR SETAR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh dianggap sebagai tabung simpanan terbaik untuk individu yang meraih pendapatan sendiri. Golongan ini dinasihatkan untuk mula membuat caruman bermula dari sekarang demi kehidupan yang lebih jamin dimasa hadapan.

Menurut Wakil KWSP , kebanyakan waktu golongan sebegini beranggapan simpanan peribadi mereka sudah cukup menampung kehidupan mereka pada hari tu.

Akan tetapi , simpanan peribadi tidak terjamin stabil pada masa hadapan tambah lagi jika individu berkenaan tidak berdisiplin dalam menabung.

“Disebabkan itu, kita galakkan mereka mencarum dengan KWSP di bawah skim i-Saraan kerana selain mempunyai simpanan pada hari tua, mereka juga akan menikmati pelbagai manfaat sama seperti ahli yang lain.

“Antaranya, mereka akan menerima bantuan kematian, pelepasan cukai dan dividen. Lebih menarik lagi, mereka juga berpeluang membuat pengeluaran akaun kedua untuk tujuan tertentu seperti bayar ansuran rumah, kesihatan dan pendidikan,”

Tambahnya lagi, melalui rekod KWSP, budaya bekerja sendiri dan mencarum semakin meningkat.

“Kesedaran sudah ada, cumanya disiplin untuk mencarum setiap bulan itu masih kurang. Ini akan menyebabkan mereka terlepas kebaikan jangka masa panjang dan hasil dividen juga menjadi rendah kerana simpanan yang rendah.

“Kita galakkan mereka mendaftar dan mencarum secara konsisten setiap bulan, tidak kisah walaupun bulan ini (mencarum) RM100, bulan depan RM200 asalkan mencarum setiap bulan,” katanya.

KWSP juga menggalakkan ahli-ahlinya membuat pengeluaran secara bulanan selepas usia 55 tahun.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress