Warga Emas Jual Air Tebu Tepi Jalan, Netizen Ajak Orang Ramai “Support” Jualan

Dalam waktu yang sukar ini, pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Walaupun kadang kala jumlah yang diperolehi hasil penat lelah tidak memadai dengan kudrat yang dikeluarkan, namun ia sudah pasti membahagiakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Berniaga Air Tebu Tepi Jalan

Melalui satu perkongsian yang tular di media sosial Facebook oleh pengguna yang menggunakan nama akaun Kaksah Katering Besut, pengguna tersebut telah pun berkongsi satu video lelaki warga emas yang menjual air tebu di sebuah gerai di tepi jalan.

Menurut video yang telah dimuat naik, gerai tebu di tepi jalan itu diusahakan oleh warga emas yang berusia 78 tahun. Walaupun sudah berusia, beliau masih gigih dalam mencari rezeki bagi menampung kehidupannya.

Masih Berusaha Mencari Duit

Posting tersebut tular di media sosial apabila pengguna Facebook itu mengajak orang ramai membeli air tebu jualan warga emas terbabit.

Tambahnya, lelaki tua itu sedah berniaga lama di kawasan tersebut dan kembali membuka semula gerainya yang berhampiran dengan restoran makanan tempatan.

Ramai Ajak Pakat-Pakat Singgah

Video yang telah dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila dalam masa sehari sahaja , lebih daripada seribu perkongsian semula dan ratusan komen diterima oleh pengguna Facebook tersebut.

Rata-rata mereka mendoakan agar perniagaan warga emas itu terus dimurahkan rezeki dan mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menyokong perniagaannya.

Sumber: KakSah Katering Besut

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *