Wujudkan i Sinar Plus Untuk Ringankan Beban Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan i-Sinar Plus bagi rakyat.

Menurut Datuk Azahari Shaari, perkara itu perlu dilaksanakan susulan ramai warga Shah Alam yang memberitahu mereka tiada pendapatan setelah syarikat tempat kerja mereka tidak boleh beroperasi.

“Bulan lepas bayaran i-Sinar terakhir telah diterima dan bulan ini ramai yang menggigit jari.

i-Sinar Plus

Baca Juga: Cadangan Berikan Kelonggaran Keluar i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

“Kereta perlu dibayar, sewa perlu diselesaikan tetapi kerja tiada, duit pun tiada. Inilah masalah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown berkuat kuasa tanpa ada sokongan kewangan baharu,” kata Azahari dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas demikian mengenai masalah yang dihadapi oleh rakyat di bandaraya yang menghadapi masalah kos sara hidup ketika negara berdepan krisis kesihatan.

Menurut beliau, kerajaan wajar memperkenalkan i-Sinar Plus atau 2.0 untuk memastikan rakyat yang bergaji secara hari dapat menyambung nafas.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd Ali Zakariah mencadangkan agar rakyat yang terkesan diberi bantuan kewangan mengikut saiz keluarga masing-masing.

Sumber: Utusan

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *