Wujudkan Label “Verified” Untuk Akaun MySejahtera Anda? Ikut Cara Ini

Seperti yang mungkin ramai daripada anda sudah tahu, telah banyak perkongsian di media sosial tentang akaun aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dengan menambah fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’ yang kebiasaannya kita dapat lihat di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Status Verified tersebut kini boleh didapati di MySejahtra dengan hanya mengesahkan makluman diri anda.

Bagi akaun yang telah di “verified”, anda sudah boleh menggunakan pelbagai ciri seperti membuat tempahan dos penggalak, mengakses sijil vaksinasi dan sebagainya.

Untuk Mengesahkan akaun MySejahtera “Verified” amat mudah. Di bawah ini Onviral kongsikan langkah pengesahan akaun Mysejahtera untuk pengetahuan bersama.

    • Langkah 1
      • Sila pergi ke halaman utama Mysejahtera dan klik pada butang Sahkan Segera pada nama anda. Kemudian, semak maklumat diri sebelum klik butang Sahkan.
      • Sila Pastikan anda mengemas kini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas.
      • Anda tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.
    • Langkah 2
      • Pada skrin Daftar Masuk, anda akan melihat butang Sahkan Segera berwarna merah.
      • Sila Klik pada butang tersebut.
    • Langkah 3

Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :

      • Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.
      • No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.
      • ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini
    • Langkah 4
      • Sila Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.
    • Langkah 5
      • Setelah selesai, sila klik Sahkan untuk menghantar butiran anda kepada pasukan MySejahtera.

Kenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?

Adalah penting untuk mengesahkan akaun MySejahtera anda dan tanggungan.

Menurut sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk memastikan aplikasi anda dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses seperti berikut:

    • Kemaskini status
    • Terima HSO
    • Terima HAT
    • Laporkan keputusan ujian
    • Laporkan kontak rapat
    • Temujanji vaksin
    • Sijil vaksin

Akaun Mysejahtera yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.

Baca Juga : Terkini | Pengeluaran KWSP RM10K Telah Dibenarkan – PM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress