YAPEIM. Mungkin ada antara kita pernah mendengar mengenai YaPEIM dan mungkin ada anatara kita yang tidak pernah mendengarnya. YaPEIM adalah singkatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. ia adalah sebuah Yayasan yang di tubuhkan oleh kerajaan persekutuan pada 13 Oktober 1976.
Yayasan pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri dan institusi pembangunan ekonomi ummah.
Disebabkan itu, untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat bagi mempertingkatkan kesejahteraan ummah, mereka terus menunjukkan keprihatinan yang tinggi kepada masyarakat islam islam di negara kita dalam memperkukuhkan dan merealisasikan pembangunan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosio ekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosio ekonomi dan amal jariah.
Mula Mewujudkan Dana Inspirasi Malaysiaku (INSPIRASIKU)
Disebabkan itu, mereka mula mengorak langkah dengan mewujudkan Dana Inspirasi Malaysiaku (INSPIRASIKU). Dana Inspirasi Malaysia ini yang juga dikenali sebagai Inspirasiku merupakan salah satu inisiatif terbaharu yang di perkenalkan di bawah teras pembangunan Sosio ekonomi dan amal jariah
Inisiatif ini adalah untuk membantu para pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan dan persediaan awal untuk pelajar IPT. Terutama sekali pelajar yang keluarganya merupakan kumpulan B40.
Baca Juga : TNB Galakkan Penjimatan Elektrik Dengan 20 Tip Mudah
Matlamat Utama Kewujudan Dana Inspirasiku
Dana Inspirasiku bukan di wujudkan tanpa sebab. Sebaliknya, kewujudan Dana Inspirasiku mempunyai matlamatnya yang tersendiri terutama sekali kepada umat islam di negara kita. Antara matlamatnya ialah:
- Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan untuk melakukan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Melengkapkan usaha pelbagai pihak, khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, seperti institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
- Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif kepada generasi mudah
- Sebagai satu platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40
Bila Tarikh Permohonan Inspirasiku YaPEIM Di Buka??
Sebenarnya, permohonan Inspirasiku telah pun di tutup pada bulan Mac yang lalu. Untuk tahun 2021 masih belum ada pengumuman dari pihak mengenai tarikh permohonan dana Inspirasiku secara online. Namun begitu, apabila permohonan telah di buka, anda boleh memohon secara online di website rasmi di sini atau secara manual. Untuk permohonan manual caranya adalah dengan:
- Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
- Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
- Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
- Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM
Dana Inspirasi YaPEIM Sangat Membantu Anak Muda Untuk Membantu Menyambung Pelajaran
Kesimpulanya, dengan adanya dana Inspirasi YaPEIM, ia sedikit sebanyak dapat membantu bakal pelajar IPT dan bakal pelajar sekolah dalam membuat persiapan untuk masuk ke sekolah dan IPT.
Ia sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan atau keluarga dalam golongan B40 dalam membuat penyediaan untuk anak mereka sambung pengajian ke sekolah atau institusi pengajian tinggi IPT.
Ini kerana, untuk membuat penyediaan bagi anak menyambung pelajaran memerlukan kos yang besar dan kadangkala ia di luar dari kemampuan kebanyakan keluarga terutama sekali keluarga yang kurang berkemampuan atau keluarga yang sederhana.