YES Prihatin: Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma Untuk B40

Masihkah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin bagi 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini merupakan perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih untuk anda. Para penerima BPR boleh membuat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan b40 yang layak.

YES bekerjasama dengan pihak Shopee di dalam Program Jaringan Prihatin menawarkan anda telefon pintar dan data percuma kepada golongan kumpulan B40. Bukan itu sahaja, penerima juga akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran.

YES Prihatin

Ikuti perkongsian dari OnViral seperti di bawah untuk maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma YES.

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021

Semakan YES Prihatin

YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:

Belajar Dari Rumah Keluarga

    • Telefon pintar percuma
    • Data 30GB percuma setiap bulan
    • Baucar sebanyak RM50 dari Shopee
    • Aplikasi pendidikan
    • Tempoh sah hanya 12 bulan

Belajar Dari Rumah Individu

    • Telefon pintar percuma bagi satu individu
    • Data 15GB percuma setiap bulan
    • Baucar sebanyak RM50 dari Shopee
    • Aplikasi pendidikan
    • Tempoh sah hanya 12 bulan

Syarat Kelayakan

Promosi ini adalah hanya bagi rakyat:

    • Golongan kumpulan B40
    • Isi rumah anda harus berpendapatan di bawah RM4,850

Pihak YES pula akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima oleh pihak YES. Hal ini kerana mereka akan pastikan yang terima ini adalah golongan B40.

Baca Juga: Cara Membuat Permohonan & Semak Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

Cara Daftar YES Prihatin

Sekiranya anda terdiri daripada golongan kumpulan B40, anda boleh membuat tuntutan dengan langkah mudah berikut:

    1. Anda boleh pergi  ke laman https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
    2. Klik pada “TUNTUT SEKARANG”.
    3. Sila isikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda.
    4. Selepas itu, sila tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari pihak YES.

Semoga berjaya dalam permohonan anda untuk YES Prihatin Smartphone B40 ini. Sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan saudara mara anda yang masih belum memohon bantuan kerajaan ini. Terima kasih.

Sumber

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress